Monday 16 January 2012

IPAD2... Masih Adakah Ruang Untuk Aku Mempelajarinya.

Salam semua kekawan. Semoga semuanya sihat. Harap-harap sampai la umur 60 tahun.. Maklumlah ramai yang pilih pencen 60 tahun walaupun sangsi akan kesihatan diri sendiri.

Hari ni aku nak cerita pasai iPad... Sebelum ni sebut saja iPad... emmm tak ada keperluan. Buat apa nak buang duit. Orang muda tak apa la.. Aku dah di ambang sore ni tak perlu lagi 'gajet orang muda' ni.. Tapi apabila diberikan
sedikit rezeki dan ditukar pula mengetuai cawangan lain... aku macam teruja nakkan ipad2.. Banyak sangat yang aku nampak faedahnya. Digital diary, digital calender, digital note, digital album/photo, digital music.. internet dan banyak lg.. Semuanaya ada .!. Tambah pula aku ni pelupa pula orangnya. Orang tanya itu dan ini tak dapat nak jawab. Pada hal ini tugas aku. Dengan merekod semuanya secara digital (dalam iPad ni la no), amat mudah untuk 'recall' maklumat-maklumat. Bukan saja  mudah tapi cepat. Emm sekarang terasa macam orang muda la pulak..hehehe...

Mula-mula beli nak buka pun sorok-sorok..malu la.. almaklum la..udah berusia ni pakai iPad2. Takut kawan-kawan perli tapi apa yang aku sangkakan tak betul sama sekali. 'Haaa.. macam ni la bos jadi pegawai.. maju ke depan... anak buah tengok pun semangat' kata sahabat yang masuk bilik secara tak disedari... Aku terus bersemangat..bangga pun ada..Ya Allah jauhkan aku dari ego yang melampau...Masalahnya setiap hari aku nak 'explore' gajet ni tapi masa yang aku ada cukup terhad. Mesyuarat... mesyuarat....mesyuarat.. emm macam-macam lagi kena buat...Maklum la kat Cawangan Pengurusan ni tak boleh duduk diam sikit. Lunch hour pun kadang-kadang terbabas. Minum kopi 3 in 1 'as a lunch' adalah perkara biasa kat sini. Kata orang "kita akan belajar menghargai sesuatu setelah kehilangannya". Betul..betul..betul tu.. dulu masa banyak terluang tapi tidak digunakan sepenuhnya. Kini aku mencarinya... aku betul-betul memerlukannya. Ya Allah mudahkan urusanku. Amin.

Berbalik cerita iPad tadi.. Oleh kerana masa kat opis tidak mengizinkan..kat rumah le aku explore..La ni kata orang tengah gila stering (kalau kereta) Kalau gila iPad aku tak tau pula nak kata gila apa..
Kekawan.. kalau ada 'sikit lebih wang' boleh dapatkan iPad2 64g. Murah jer RM2499.00. Syok betol...hehehe.

No comments:

Post a Comment